Wednesday, 15 February 2012

KONTI RADIO

Studio Radio Alpha.fm (Read-One)

Assalamualaikum....tak jawab dosa.. ;))

Posting kali ini ceritanya ringkas sahaja.
Al kisahnya begini.. Pada jam 4.40pm 13/2/12. berdering + vibrate (lagu muhasabah cinta) telefon nokia C1 Farith menandakan panggilan masuk.. ;)) "skemanya ayat.." kami terima panggilan dari seorang kawan bernama Mohd Aqib untuk datang ke konti Fakulti Komunikasi Media pada malam hari yang sama untuk sesi rakaman bagi menyiapkan projek semester group beliau... kami di jemput dengan hormatnya oleh bro Aqib untuk ke konti (rase dah macam anak raja sulawesi pun ade ^_^)..semasa di dalam konti..Dengan bangganya "tak payah nak bangga sangatla kan" kerana pada sesi rakaman malam itu kami telah menyanyikan sebuah lagu baru yang masih belum siap sepenuhnya "untungla boleh nyanyi lagu baru".. Alhamdulillah dengan izinNya jua.. sesi rakaman kami pada malam itu berjalan dengan lancar dan jayanya setelah hampir 2jam beku kesejukkan berada didalam konti (orang lain steady je tengok)... ^_^

Thursday, 9 February 2012

Nasyid di UNiSEL Bestari Jaya

poster pencarian bakat baru juru hebah nasyid.fm
Assalamualaikum....

pada 9/feb/12 adalah hari yang buat kami kumpulan nasyid Read One cemas dan kemas" mesti tak faham kn?".hehe tapi bukan semualah, saya dan farith je, zuhair dan zainul steady je... yang buat mengigilnya sebab pada pagi ini saya dan farith ada test subjek investment, hahah kecut perut dibutanya, mana taknya study pn last2 minute, sudalah subjek ni betul2 killer..peduli apa kan, langar jee..hehe biasalah zamankan dah berubah..

Wednesday, 1 February 2012

Cerita Dari Kampung

Assalamualaikum wrt..

ewah panjangnya bagi salam.. tapi tak apa sebab itulah ucapan dari Syurga..
segalanya bermula di sini.. macam tv al-Hijrah pulak..

sebenarnya gambar ini tak ada kene-mengena dengan cerita ini, saje letak untuk muka depan.. :)
Pada 18/8/1990, lahir insan yang diberi nama Darman Shahruddin"macam nama jawa kn?" kawan-kawan nasyid kenal Aeman Alwi"Apa Aeman? nanti kita update pada posting yang akan datang.."

Semasa kecil dalam 7-10 tahun, saya ini sangatlah manja dengan BAPAnya..hehe biasalah tu budak kecik kn. Kemana saje BABAnya itu pergi mesti nak ikut tak kiralah nak ke tandas ke, ke mana saje memang tak boleh lekang sekejap, adalah ceritanya waktu umur 3tahun terkencing dekat muka Ayah..cerita lama k, tak tahu apa-apa lagi yuuuuu..tetiba patah balik umur 3 tahun hehhe..

Kem Bina Insan(Bersama E~wanis)


Program ini telah di anjurkan oleh (E-wanis), bersama itu Read-One dan Sahabat-sahabat telah dijemput untuk menjayakan program ini (maksud saya sebagai fasillitator lah) yang diketuai oleh pengarah program Ustazah Mumtazah Othman, sedapkan nama dia? hehe. Program ini berlangsung di  EL-ZZHAR CAMP, Pantai Morib,  namanya pn rata-rata orang di selangor kenal tempat ni. Bertarikh 13-15 Dec 2011 lepas.

Program ini dijalankan untuk mengisi masa lapang (kalau sekolah menengah murid ke pelajar ke adik2x?) di musim cuti sekolah dalam lingkungan 80 orang yang berumur 14-16 tahun, lelaki & perempuan islam. Yang menariknya ada juga yang berumur 12 tahun, cute sangat budaknya (nanti kita tgk jap jagi k..^_^).

Posting ini taklah panjang sangat, cuma gambar-gambar yang akan menceritakan apa yang berlaku sepanjang program ni. Tengok lah sampai lebam ye..

sebelum tengok lebih janjut, berkenalan dulu dengan pengarah program
inilah Ustazah Mumtazah Othman