Assalamualaikum pembaca-pembaca.. :)
|
peserta bersama penganjur program |
Agak lama tak berposting di blog ni kan, sebelum ini memang busy dengan final exam selama lebih kurang sebulan jugalah kot, banyak yang nak di kongsikan dengan pembaca dan sahabat-sahabat seperjuangan tapi apakan daya masa tidak memberi ruang pada kita, yang utama kita dahulukan dulu dan yang kemudian kita kemudiankan, maklumlah last sem final exam "orang kata masa inilah kita nak pulon sehabis mungkin! hahaha". bila dah selesai exam, kami pun nak juga lapangkan emosi, dada dan fikiran, di kesempatan yang ada kami joint lah program ini.
Panjang mukadimah ini, kita masuk ke tajuk utama posting. Pada 17-18/03/12 (sabtu & ahad) lalu, saya "GROUP READ-ONE" telah menyertai program baik punya Rehlah Bersama Destiny di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort (Activities).
PERJALANAN SEPERTI KEMBARA
Nak dimulakan cerita, perjalanan kami ke destinasi utama amat panjang ceritanya " tak apa kita pendekkan sikit". Saya dan Faris keluar dari hostel pada pukul 9am untuk menunggu bas KUIS ke KTM Bangi, sampai kat stesen KTM Bangi beli tiket ke KL Sentral pulak, dalam perjalanan ke KL Sentral terpikir nak berhenti di BTS (stesen pertukaran KTM-RapidKL dan lain2 Bandar Tasik Selatan) untuk menaiki RapidKL ke Stesen Maluri atau Cheras, sampai di BTS kami tersangkut untuk kali pertama lebih kurang 1/2 jam sebab tak dapat hubungi kawan kami seorang, Zuhair(dari rumahnya, Gombak). Masalahnya, kami tak dapat nak pastikan nak jumpa Zuhair kat stesen mana, kat Maluri atau Cheras. Tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul, call, sms, mms, vid.call paun tak berjawab, dalam 1/2 jam menunggu jawapan tu barulah dapat jawapan ke Maluri "perut tengah lapar ni belum sarapan". Ok beli tiket ke Maluri, dalam 5minit LRT (RapidKL) tiba dan meneruskan perjalan ke Maluri (sebelum tu adalah pertukaran train sebelum sampai Maluri). Turun saja dari stesen Maluri singgah di 7 Eleven untuk beli nasi lemak :( lapar HAHA!.. jam pun dah menunjukkan pukul 11.30am. Sementara menunggu Zuhair tiba di tempat yang dijanjikan, sempatlah juga saya dan Faris berbual-bua selama 1jam stengah sebelum Zuhair sampai. "tadi berdua, sekarang bertiga" jadi kuat sikit.
Itu perjalanan melalui komuter, ini pulak perjalan menaiki bas.
Kami ke bus stop untuk menunggu bas. 1 hal lagi kami tak pandai naik bas ke Langat "malu bertanya sesat jalan kan". Mujurlah ada pakcik ini yang baik hati memberi petunjuk hendak ke Langat "siap lukis peta lagi biarpun naik bas" kami mengambil bas U40 ke Sumtax, sampai disana kami tunggu lagi bas bernumbur U412 ke Langat, lebih kurang 1jam juga menunggu bas. Seteah bas tiba bukan main seronok lagi naik.."haha malangnya bas ini bukan ke Pangsun tapi ke Sungai Lui" Faris, salah seorang kawan kami dah mengmuk menunjukan muka marah dia seperti keletihan "lek lah bro, ini namanya berjalan". Kami terpaksa berhenti di Batu 18 Langat, jam di tangan pun dah pukul 1.30pm. "HUUUUU! letih dan lapar sudah mula terasa tapi buat-buat cool.." lebih kurang pukul 2.30 bas ke Lembah Pangsun tiba. Emmm! 1 lagi ujian bakal menanti, kami tak tahu mana lokasi Nur Lembah Pangsun tersebut, kami pun berharap pada ehsan pakcik pemandu bas, dibawahnya kami sehingga ke hujung jalan, kami turun bas dan tak tahu nak ke mana dah.. HAHAHA SUDAH!.
Agaknya pakcik tu keliru dek kepenatan, dia berhetikan bas nya tidak jauh dari lokasi kami turun dan memanggil kami semula untuk dihantar balik ke tempat yang betul di Hulu Perdik..emm TERIMA KASIH PAKCIK!. Setiba di simpang ke tempat yang dimaksudkan, Yusuf dan Rizal (ahli kumpulan Destiny, antara orang kuat program) tiba menjemput.
Lebih kurang pukul 3.30pm kami tiba di lokasi.
|
setelah sampai di bilik penginpan, bergambar dulu. cute kan faris dengan peace dia..hahah! |
Dah siap berkemas, solat zuhur dan kemas diri semuanya selesai. Rozi (Destiny) memanggil untuk makan, Haa memang tunggu pun..tiba masanya pulak untuk mengisi perut yang sedang kelaparan dari tadi "muka masih cool ni" mana tidaknya lebih kurang 6jam perjalanan (penat tu). Selesai makan kami meninjau keadaan sekeliling untuk melihat pemandangan hijau dan melihat kebesaran Allah dalam ciptaan-Nya yang meng-hijau subur, dapat menghilangkan rasa penat 6jam tadi..
|
Zuhair sempat lagi bergambar bersama kehijauan Alam Nur Lembah Pnagsun,
di sebelah kiri adalah bukit sebenarnya. |
Aktiviti yang dijadualkan pihak penganjur pada petang ini adalah main futsal tapi hujan dan kawasan licin, kami mengambil sikap berhati-hati untuk mengelak risiko, so batalkan. Kami Read-One mengambil keputusan untuk berehat di bilik setelah solat Asar " Faris dah lena tertido tek terkata, saya dan Zuhair pun ikutlah sama untuk lentok di bahu katil masing-masing". Sedar tak sedar jam kami dah pukul 6pm, kami pakat keluar ke kedai runcit di dalam kem untuk membeli air sejuk, sementara minum-minum sempatlah juga bersembang dengan pengurus kem Nur Lembah Pangsun tu, katanya ada jalan lebih dekat dari BTS ke lokasi. " tapi tak apalah, kalau kami tak lalui jalan kami tadi, kami tak akan tahu jalan tu kan?"
Agenda malam ini adalah persembahan Nasyid dengan Destiny, BBQ ayam dan Qiamullai di gelap malam. Selesai solat Magrib dan Isyak kami (Read-One) ke dewan makan untuk ta'aruf bersama hadirin yangt turut serta" taklah rami mana pun, lebih kurang dalam 15-20 orang". yang menyeronokan, ada sebuah keuarga yang turut hadir menjayakan program Rehla Bersama Destiny. Pakcik Zulkifli (ayahnda) "maaf kalau salah nama ye" dan keluarga seramai 7 orang anak beranak..hehe yake ni? Banyak hikmahnya kata penganjur, yup memang betul sebab kami rasakan sebagai sebauh keluarga yang cukup bahagia, ada adik, abang, kakak, cukup lengkap.!
|
iniah keluarga yang dimaksudkan, mereklah yang paling riang tapi ada yang pemalu..hehe.. |
Pada malam ini kami bergabung dengan pihak PDRM yang juga ber-program di tempat yang sama " penduduk dari kuarters polis "lupa nak tanye kuarters mana"". Malam ini kami bawahkan lagu UNIC- Jalinan " bersesuaian dengan program ini" lagu dari kami sendiri
Ratu Hatiku dan
Memori Indah Bersama. Destiny membuat persembahan secara solo dan masing-masing membawa lagu-lagu kegemaran mereka. Ada juga persembahan dari anak-anak polis yang amat menghiburkan.
|
Read-One membuat persembhan |
|
persembahan dari Rizal Destiny |
|
Yusuf Destiny dengan Senyumannya |
|
duduk-duduk dulu selepas persembahan sementara menunggu BBQ..haha! |
|
akhir program pada malam persembahan bersama urus setia PDRM.
baby tu sebenarnya takut2, anak polis katakan kenalah beranikan diri |
|
peserta rehlah pada malam persembahan |
Di hari kedua 18/03/2012.
Setelah mengerjakan kewajiban di subuh hari, kami pun bersiap-siap untuk meneruskan aktiviti seterusnya, semasa memcuci muka dengan mengunakan Garnier, sambil itu saya bersembanglah sekejap dengan Zuhair, sembang punya sembang, tak perasan pencuci muka dah penuh kat tapak tangan dan sengki.."haha kalau nak basuh muka gajah pun boleh kot", tapi tak apa sebab tak ada orang nampak. Setelah itu Zuhair masuk ke bilik air untuk mandi tapi belum sampai stengah minit dah keluar balik, rupanya dia ini takut akan sang KATAK PISANG yang bermalam di bilik air tu. Faris baru nak bangun tido, macam kebiasaan. Sebelum kami keluar dari bilik, kelihatan Rozi, Saufi,Yusof dan Afendi sedang berlari-lari anak, Rizal cuma memerhati.
|
macam inilah gambaran katak yang mengejutkan Zuhair |
Pukul 8am bersarapan dulu untuk isi perut, kerana aktiviti pagi ini lebih menggunakan tenaga. Pagi yang indah disaluti cuaca yang baik sekali seakan-akan memberi keizinan kepada kami untuk meneruskan permainan. Game pertama kami adalah bola baling, lelaki je. hehe. Permainan ni ada 2 kumpulan, kumpulan pertama akan buat bulatan dalam jarak tertentu dan kumpulan kedua akan masuk dalam bulatan untuk dibaling, sesiapa yang terkena balingan dengan bola akan keluar dari bulatan, tetapi jika dapat tangkap bola dia akan menyimpan 1 lagi nyawa dalam game. Game kedua ialah main Baling tin "entah mana akak penganjur dapat tin-tin sardin tu" sama juga kena baling dan susun semua tin jika berjaya. Kedua-dua kumpulan seri. Game seterusnya adalah mengikat belon pada kaki mengikut saiz yang ditetapkan, dan musuh akan cuba meletopkan belon tersebut, belon siapa yang selamat group dialah menang. Dan game yang terakhir mencri gula-gula dalam tepong mengunakan mulut " hahaha semua peserta ber-mekeup tepong, kalah fair in lovely" kedua-dua group mendapat kemenangan seri.. so hadiah bahagi 2lah.. "hehe". Nanti gambar-gambar game kami di Rehla Bersama Destiny akan di Upload di lain masa yuk.. tunggu...! yang paling seronok adalah bila dapat bersama pasangan kembar Destiny Rozie dan Saufi serta rakan-rakan. teriam kasih kepada Rizal kerana sudi belanja aiskrim. yummmmmmy...
kita biarkan gambar-gambar yang bercerita memberi gambaran kepada pembaca
SALAM PERPISAHAN!
Dah habis pun, penat juga biar pun buat aktiviti kanak-kanak kan? Faris pun sudah keletihan sehingga terbaring, zuhair terus nak tido. emm tak cukup lagi tu, kami berenang ke kolam pulak sebelum mandi bersihkan badan di bilik mandi.
Sekarang tiba masa untuk mengemas baranag-barang dan segela kelengkapan sebelum check out. Pada jam 1pm, kami sempat bergambar untuk kenang-kenangan bersama, bertukar tanda tanggan dan macam-macam tanda yang lain. Setelah itu barulah menjamu selera, memang berseleralah bila lapar tengok ayam goreng depan mata. Sebelum berpisah, kami Read-One sempat mengukir kenangan di Nur Lembah Pangsun ini. nanti gambar-gambar yang lain akan saya upload untuk update blog ini.
|
sebelum meninggalkan Nur Lembah Pangsun |
|
sebelum meninggalkan Nur Lembah Pangsun |
|
sehingga kita berjumpa lagi |
Terima kasih kepada yang sudi membaca, semoga ukhwah kita akan berpanjangan dengan rahmat Allah. jumpa lagi sahabat-sahabat ku, keluarga ayahanda dan bonda..
*gambar credit to
Mohd Zuhair (
Read-One)
1 comment:
ehem katak lalu..
Post a Comment