Assalamualaikum wrt..
ewah panjangnya bagi salam.. tapi tak apa sebab itulah ucapan dari Syurga..
segalanya bermula di sini.. macam tv al-Hijrah pulak..
sebenarnya gambar ini tak ada kene-mengena dengan cerita ini, saje letak untuk muka depan.. :) |
Pada 18/8/1990, lahir insan yang diberi nama Darman Shahruddin"macam nama jawa kn?" kawan-kawan nasyid kenal Aeman Alwi"Apa Aeman? nanti kita update pada posting yang akan datang.."
Semasa kecil dalam 7-10 tahun, saya ini sangatlah manja dengan BAPAnya..hehe biasalah tu budak kecik kn. Kemana saje BABAnya itu pergi mesti nak ikut tak kiralah nak ke tandas ke, ke mana saje memang tak boleh lekang sekejap, adalah ceritanya waktu umur 3tahun terkencing dekat muka Ayah..cerita lama k, tak tahu apa-apa lagi yuuuuu..tetiba patah balik umur 3 tahun hehhe..
Umur sedang meningkat naik, sedar tak sedar dah 12tahun..ini barulah masuk cerita sebenar.. pada tahun 2002..kalau tak silap lah. keluarga saya telah berhijrah ke semenanjung, Klang Selangor lah, kat area Kg. Jawa. tapi yang sedihnya saya & kakak tidak dibawa bersama sebabnya, budak 12 tahun kan UPSR, kakak saya pulak PMR kot"entalah tak ingat sangat". maksudnya saya terpaksalah tinggal dengan makcik "adik pada ayah saya" sehingga habis peperiksaan UPSR.
Pada tahun 2003, tingkatan 1 dah ni, umur pun dah 13tahun. saya dan kakak saya pulak yang menyusur ke Klang setelah tamat UPSR & PMR.
ingat lagi, flight kami pada jam 4.30 petang, dari KK dijangka akan tiba di KLIA Subang dalam masa 2jam, tapi kami sampai awal 1/2 jam, yang buat lambatnya sebab tunggu barang. kitaran masa di sabah ada 2jam lebih awal dari semenanjung.
Nak dijadikan cerita, sementara menunggu barang, jam menunjukan 6.50pm baru dapat barang. keluar dari bangunan KLIA kira-kira pukul 7malam, alangkah terkejutnya bila tengok je kat luar masih lagi terang dan masih nampak bias-bias cahaya di langit..HAHAHHA!.. timbul persoalan yang jam di tangan salah, mulalah gelabah betulkan jam, dengan selambe je kaka kita ni bagi tau yang jam tu betul, cuma waktu di sabah adalah awal..apa perasaan korang? haha malu juga kot..
Cerita pasal sekolah pulak lah.. setelah sampai di Klang berehat dulu 3hari kat rumah sebelum uruskan pendaftaran sekolah baru kat SMK Kg. Jawa sebelah SMA Hishamuddin Klang..bila dah masuk sekolah sayalah insan yang paling pemalu"biasalah sekolah baru katakan" hahhaha..lama juga proses nak sesuaikan diri tau. lama kelamaan jadi biasalah. di sekolah inilah saya menempuhi banyak cabaran pelajaran kerana sistem yang sangat lain dari Sabah. di sekolah ini jugalah saya mengenali apa itu SILAT" aktif juga tau dulu dengan silat sampai kebangsaan..haha tak leh cete lebih-lebih..siki je". di sekolah ini jugalah saya mengenali rakan-rakan yang bermacam ragam, "BAGAIKAN SATU KEJUTAN BUDAYA..HAHAHAH" dah lama-lama tu biasa dah sampailah tingkatan lima dan habis SPM.
berjinak-jinak dengan silat. siapa yang nak sparing bolelah PM je..hehe |
ZAMAN IPT
selepas habis SPM, apa lagi daftar kemasukan IPTlah. keputusan SPM taklah bagus sangat"haha rahsia"
banyak yang menerima untuk kemasukan IPT tapi entah kenapa pilih KUIS juga."kuis semua tau kan?"
ehh! tapi kan sebelum tu sempat juga saya menjalani latihan PLKN di Sibu Sarawak, jauh tu..hehhe..
setelah mendaftar di KUIS pada sesi kemasukan okt/2008.. purrrrrrrr rasa teruja sangat, yelah tempat baru kan, apa lagi keluarkan kemera lah, padahal tak ada apa pun nak di snap ngan kemera tu..hahahaha.
zaman IPT ni lagi banyak yang kene tempuh sendiri, hidup berdikari. hhuuuuuu! dah masuk IPT lah katakan, mulalah berlagak macam matang, mata dah pandai meliar tengok awek cantik" yang lain pn sama juga kot.." tapi still jaga lagilah batas-batasnya, malu-malu kucing..HAHAHA.
sekadar gambar hiasan tapi inilah yang aku ingin gambarkan seterusnya. hehhe sama je lebih kurang dgn kisah bwh ni.. |
secara tidak sengaja berkenalan lah dengan seseorang SISWI ni. nama dirahsiakan ye untuk keselamatan negara. kami sering kali mengulang kaji sama-sama tapi mengunakan teknologi je, dulu Friendster dan sms je, tak berjumpa pun. "MALU"! panjang sebenarnya cerita ni tapi cukuplah sekadar-sekadar saja..
rasa bosan pulak kan kalo dok belajar je, mulalah libatkan diri dengan aktiviti luar" aktiviti sihat je k.." pada awal sem 2, mula mengorak langkah untuk berjinak dengan Nasyid, sudah tu semakin serius pulak dalam bidang nasyid, biarlah suara tak sedap mana pun yang penting ada usaha.. tajam ayat tu..... group ini dinamakan Read One..hehehe! & kami telah pun mempunyi single pertama bertajuk RATU HATIKU, sekarang kami dalam proses pembikinan lagu single kami yang ke dua.
Sampai sini jelah kot, semoga anda semua mendapat sedikit manfaat, paling tidak pun dapat meluangkan masa bersama blog yang tidak seberapa ini. kalau ada apa-apa kita update jelah di blog ini yuk..
terima kasih kerana sudi membaca.. membaca itu boleh menajamkan minda tau!
2 comments:
kita sesama silat . (^.-)
ohh yake..heheh..
silat apa?
Post a Comment