Wednesday, 15 February 2012

KONTI RADIO

Studio Radio Alpha.fm (Read-One)

Assalamualaikum....tak jawab dosa.. ;))

Posting kali ini ceritanya ringkas sahaja.
Al kisahnya begini.. Pada jam 4.40pm 13/2/12. berdering + vibrate (lagu muhasabah cinta) telefon nokia C1 Farith menandakan panggilan masuk.. ;)) "skemanya ayat.." kami terima panggilan dari seorang kawan bernama Mohd Aqib untuk datang ke konti Fakulti Komunikasi Media pada malam hari yang sama untuk sesi rakaman bagi menyiapkan projek semester group beliau... kami di jemput dengan hormatnya oleh bro Aqib untuk ke konti (rase dah macam anak raja sulawesi pun ade ^_^)..semasa di dalam konti..Dengan bangganya "tak payah nak bangga sangatla kan" kerana pada sesi rakaman malam itu kami telah menyanyikan sebuah lagu baru yang masih belum siap sepenuhnya "untungla boleh nyanyi lagu baru".. Alhamdulillah dengan izinNya jua.. sesi rakaman kami pada malam itu berjalan dengan lancar dan jayanya setelah hampir 2jam beku kesejukkan berada didalam konti (orang lain steady je tengok)... ^_^


tapi kan...tapi sayaaaang~ bak kata penyanyi Rock melayu Salim, baru kami perasan sorang lagi ahli group tak ada bersama kami  semasa sesi rakaman dijalankan..rupanya sorang lagi tu terkunci diluar konti, tak boleh masuk..eh2!! silap pulop... sebenarnya sorang lagi ahli sedang bizi membaca buku tentang undang-undang kekeluargaan.. "perrgghh!! bizi beno nampaknye.. tak dapat 4 flat siap mung!!".

 CERITERA KONTI --- Sesi rakaman di jadualkan bermula pada jam 8pm, kami berbincang dan berceloteh telebih dahulu bersama bro Aqib yang cute ditemani Dj yang manis berkata-kata diluar konti tentang pengisian semasa sesi rakaman sebentar lagi. Aduhaii!! sempat lagi tu biarpun dalam keadaan kelam kabut yang amat macam ribut . nama pun last minute dapat panggilan kan.. "Apa Pun Tak Boleh"...... Semasa dalam sesi rakaman, kami di temu ramah oleh Dj yang manis berkata-kata (tadi), soalan yang ditanya sedikit sebanyak tentang biodata kumpulan READ-ONE, biodata kami, dan juga status dalam facebook, uppsss!! "saloh soalang pulop".. kami juga sempat merakamkan 2 buah lagu (asalnya 3 lagu) berselang dengan soalan yang ditanya oleh Dj, 2 lagu yang kami rakamkan bertajuk Cinta Sepi Indah yang asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Destiny dan 1 lagu READ-ONE sendiri bertajuk Memori Indah Bersama, walaupun ketiadaan Zainul (ahli READ-ONE) tetapi sesi rakaman berjalan dengan lancar dalam suasana yang sedikit meriah walaupun badan sejuk dah macam ais krim lolipop, tapi mulut sentiasa senyum sebab nak jaga hati bro Aqib punya pasal..jadi, akhir celoteh dari kami READ-ONE mengharapkan bro Aqib dapat menjayakan projek semester bersama kumpulan beliau dan semoga ukhuwwah yang dibina tidak akan hanya di dalam konti sahaja, tetapi biarlah ia tiada penghujung atau perhentian seperti RnR Tapah yang mana boleh berhenti sesuka hati kita.. "sesuka hati je buat ayat" ... "Apa Pun Tak Boleh"...

Ini sahajalah serba sedikit ceritera yang dapat kami ringkaskan kisah KONTI RADIO  READ-ONE kali ini, bermacam-macam perasaan dan pengalaman kami ingin kongsikan bersama pembaca, dan insha Allah segala update tentang diri penulis dan READ-ONE akan kami postkan di blog ini, dan segala update akan di beritahu dari semasa ke semasa.. semoga kita dikurniakan limpahan Rahmat dariNya dari apa yang kita kongsikan... segala gurauan dan keburukan itu datang dari kami yang hanya hamba yang dhaif dan segala yang baik lagi kamil itu semestinya dari Allah yang Maha Mengetahui.. Barakallahufikum..

Assalamualaikum w.b.t..
credit to Mohd Zuhair  - Read One

1 comment:

Aeman Alwi said...

mari lah mari kita membaca..APTB