Wednesday, 16 May 2012

Menangisi Kehilangan ISLAM di SEPANYOL

Apabila kita menyebut Sepanyol, ramai orang ataupun peminat bola akan teringatkan kelab-kelab bola sepak yang hebat dari negara tersebut. Namun, bagi yang menyedari tentang kegemilangan sejarah lampau, mereka juga tidak akan lupa tentang sejarah kewujudan kerajaan umat Islam selama lebih 700 tahun di sana. Tamadun Islam di Andalusia, satu tempoh yang panjang. Tapi, telah gugur segala kegemilangan.
ISTANA Alhambra berdiri kokoh di bukit La Sabica, Granada, Spanyol. Ia menjadi saksi bisu sekaligus bukti sejarah kejayaan Islam di Spanyol (dulu Andalusia


ISLAM BERMULA


     Islam masuk menguasai Sepanyol pada tahun 711M. Tentera Tariq bin Ziyad seramai 12000 orang telah berjaya mengalahkan pasukan tentera King Roderic yang seramai 90,000 orang. Dikatakan, asalnya Tariq bin Ziyad datang atas permohonan bantuan Julian, Gabenor Ceuta Kepada Gabenor Muslim di Utara Afrika Musa bin Nusair. Julian memohon bantuan disebabkan anak perempuannya yang dihantar belajar telah dirogol oleh King Roderic. Setelah masuk, Tariq akhirnya meneruskan operasi sehingga menguasai Spain keseluruhannya. Sebahagian penkaji pula menyebut bahawa Muslim datang menawan Spain disebabkan permohonan bantuan oleh orang-orang Yahudi atas kekejaman Kristian.
     Apa pun, dalam sejarah Muslim di Spain, kerajaan umat Islam telah berjaya memperlihatkan sikap toleransi antara penganut agama yang sangat tinggi. Di bawah pemerintahan Muslim di Spain, Yahudi dan Kristian dapat hidup dengan aman dan gemilang. Bahkan The Golden Age Of Jewish History adalah semasa pemerintahan Islam di Spain. Sehingga tokoh Ilmuan Yahudi yang terkenal Musa bin Mainun (Moses Maimonides) menganggap bahawa pemerintah Muslim di Spain adalah the golden age of freedom and tolerance untuk penganut Yahudi. Demikian juga penganut Kristian, mereka menikmati hak beragama dan bergaul dengan semua rakyat tanpa kezaliman dan penindasan. Ini adalah hakikat sejarah. Justeru itu, ramai penduduk Spain menganut agama Islam tanpa sebarang paksaan kerana memaksa seseorang menganut Islam adalah menyanggahkan asas arahan al-Quran.(lihat: Maryam Noor Beig, The Legacy Of Andalusia: Muslim Spain)
     Di bawah pemerintahan kerajaan Muslim di Spain, Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka. Sebahagian mereka menjadi tokoh-tokoh ilmuan yang besar dan penting. Hubungan antara penganut agama amat baik. Walaupun ada sebahagian penulis Barat yang cuba menafikan hal ini dengan menyatakan status 'ahlu zimmah' yang dipakai ketika itu menjadikan non-Muslim itu sebenarnya second-class citizen. Padahal, ahlu zimmah bermaksud mereka itu dilindungi. Apa pun, jika dibandingkan dengan kerejaan Kristian. Mereka dibunuh, bahkan dibakar hidup-hidup jika enggan. Sebahagian mereka dihalau keluar dari negara kerana perbezaan agama. Agama selain Kristian tidak dibenarkan diamalkan sama sekali. Hal ini diakui oleh para pengkaji sejarah dari pelbagai agama. Sesiapa yang berminat mungkin dia boleh menonton documentary dalam  youtube : The Rise And Fall of Islamic Spain.


KEGEMILANGAN AKADEMIK


     Sesiapa yang dalam pengajian Islam, pasti akan terbiasa dengan nama al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 1064M) yang terkenal sebagai tokoh fiqah zahiri. Dia juga ilmuan dalam pelbagai bidang termasuk falsafah, sastera, sejarah dan lain-lain. Beliau kelahiran Cordova, Spain. Demikian juga al-Imam Abu Abdillah al-Qurtubi (meninggal 1273M) dalam tafsir yang terkenal dengan Tafsir al-Qurtubi (al-Jami' Li Ahkam al-Quran). Qurtubi itu merujuk kepada Crodova. Begitu juga tokoh ilmuan al-Imam Abu Bakar ibn al-'Arabi al-Ishbili (meninggal 1148M) yang meupakan kelahiran Isbilia ataupun sekarang dikenali dengan Seville. Al-Imam ash-Shatibi al-Gharanti yang terkenal dengan kitabnya al-Muwafaqat yang menjadi rujukan utama dalam Maqasid al-Shari'ah juga merupakan anak kelahiran Spain. Beliau lahir pada 1388M di Gharnatah yag sekarang dikenali dngan Granda. Ramailah lagi tokoh agamawan yang lahir dalam iklim Spain. Antara keistemawaan sebahagian ilmuan Spain, mereka agak terbuka dalam banyak perkara.
     Jangan lupa di Spainlah umat Islam berjaya menghasilkan dana meneroka pelbagia ilmu pengetahuan. Lautan ilmu dalam Perubatan dan astronomi telah dihasilkan. Demikian juga astrology, psychology, zoology, botany, biology, physic, chemestry, geometri dan lain-lain.
Orang muslim Spain juga telah menghasilkan kain kapas, kertas, garam, sutera, satin, peta, jam dan pelbagai lagi ahli ilmuan dari Barat telah datang dan belajar semua ilmu ini dari umat islam dalam bahasa Arab. Bahasa Arab telah dianggap sebagai bahasa ilmu dan sesiapa yang mampu menguasainya dianggap ilmuan. Saster Arab terutama puisi-puisi Arab Spain berkembang ke seluruh Eropah. Dengan ilmu-ilmu ataupun tamadun yang diambil dari Umat Islam inilah juga yang akhir menyedarkan Eropah dari kegelapan dsn mencetuskan European Renaissance. 


SENI BINA


     Seni bina yang amat meluas, menarik dan mewah telah menjadikan bangunan-bangunan peninggalan umat Islam Spain tiada tandinannya. Kota al-Hambra di Granda telah menjadi saksi keindahan seni bina umat Islam spain. Ketika berada di al-Hambra saya sepmat bertanya pemandu pelancong kami, namanya Abu Bakar, beliau nampak sebegitu tinggi semangat Islamnya dan memuja keagungan Islam di Spain. Saya bertanya kepadanya: "segala kemewahan ini lambang keagungan dan kehebatan, ataupun lambang kezaliman dan pembaziran?". Beliau menjawab: "jika saya mahu bercakap benar, saya menganggap ia pembaziran dan kezaliman". saya bertanya soalan yang sama kepada salah seorang tokoh ilmuan Muslim di Granda, namanya abd al- ghani. Beliau telah menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Spanish. Beliau menjawab: "Ia adalah sunnah alam dalam persaingan. Semasa itu Muslim bersaing untuk menunjukan kehebatan mereka:. Saya pula berpendapat: " Jika pembinaan dalam keadaan kekayaan yang cukup dan bukan hasil perahan harta rakyat, maka is sesuatu yang amat terpuji dalam dunia persaingan tamadun. Jika ia diambil dari kesusahan rakyat, maka itu satu kezaliman. Namun, masyarakat Muslim ketika itu kelihatan kaya dan mewah.

SUMBER: BERITA SINAR HARIAN MEI/2012


SERONOK MEMBACA SEJARAH-SEJARAH ISLAM. BILA DIHAYATI, KITA SENDIRI AKAN RASA RINDU PADA ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM. ISLAM AKAN KEMBALI CEMERLANG DAN GEMILANG LAGI!

1 comment:

Adrie Zwan said...

moga kita dapat sama2 mengembalikan kegemilangan Islam seperti yg telah tercatat dlm sejarah..ayuh semarakkan perjuangan !!!!!