Seekor tikus telah terdengar khabar bahawa tuan dalam rumah yang didiaminya itu hendak memasang perangkap untuk menangkap tikus. Tikus kebingungan dan merasa gelisa, tikus berikhtiar untuk meminta pertolong dari jiran-jirannya yang terdekat. Jirannya ialah si lembu, kambing hitam dan ayam kampong. Ayam berkata kepada tikus, aku tak dapat bantu kau "it's not my problem". Kemudian tikus berjumpa dengan kambing dan lembu, mereka tidak juga mahu menolong.
Pada waktu malam, tuan rumah terdenger perangkapnya mengena, apabila dilihat rupanya ular berbisa yang termasuk dalam perangkap. Tuan rumah tersebut hendak melepaskan ular itu dari perangkap lalu dipatuk oleh ular berbisa tadi.
Tidak lama Kemudian, tuan rumah jatuh sakit akibat patukkan ular itu. Setelah dibawa ke hospital tidak juga sembuh, orang-orang kampung berkata kepadanya kena makan ayam kampung untuk sembuh. Ayam yang tadi it's not my problem itu pun disembelih. dah habis makan tidak juga sembuh.
Tuan rumah terdengar cerita orang sekeliling supaya memakan daging kambing hitam untuk membuang bisa ular. Kambing jiran si tikus tadi pun disembelih tetapi tidak juga sembuh. Tuan rumah itu meninggal, maka untuk menampung kenduri yang agak besar, lembu jiran si tikus juga disembeli..
Ketiga-tiga jiran tikus terkorban, tapi tikus pulak yang terselamat.
SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN PENGAJARAN DARI CERITA INI. ADA TAULADAN DAN SEMPADAN DAPAT KITA LIHAT.
No comments:
Post a Comment