Assalamualaikum
wah! agak lama dah tak berposting, adalah dalam 2bulan lebih. Bukan tak ada cerita nak dikongsi tapi ..dot dot (biarlah rahsia haha). Alhamdulillah masih ada kesempatan.. jangan biarkan masa yang terluang berlalu tanpa dimanfaatkan..hahah ayat gampak..
Belum lambat lagi agaknya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN, bukan dari hujung kaki ke hujung rambut tapi dari hati ke hati sampai dari celah2 kukuh pun ye.. masih di bulan syawal.
selamat hari raya maaf zahir & bantin diucapkan |
Dulu kalau berpuasa dengan kawan2 sekuliah, sekelas, sebilik dan "SE" yang seangkatan lah, sekarang baru habis belajr. Maksudnya disini ialah..hahaha.. aku berpuasa dengan keluarga tersayanglah tapi seronok juga ada orang jaga kita. anak mak ke anak bapak ni? pimai pimai tang tu juga jawapannya kan. Ok jangan pikir sangat.
Kalau di waktu kuliah seronok sebenernya bersama kawan-kawan, buat assignment sama-sama, apa-apapun semua sama-samalah, ada yang sampai makan pun disuap kawan..aku ada pengalaman kena suap dengan............dengan budak biliklah, saje manja-manja. Kadang-kadang tak perasan tidurpun sama-sama dalam selimut..huhu siapalah tu kan, kalau dia baca fahamlah tu agaknya. Namun itulah ke akraban sahabat yang sejati, sampai bila-bila INSYAALLAH dalam ingatan dan doa. Sama-sama rasa susah senang, pahit manis dan masin..yang ni terlebih garam..bila masak lauk sendiri, biarpun tak sedap tetap makan no komen lah, masa inilah pun nak menunjol, kalau dulu sekolah menengah cikgu2 yang congkel bakat terpendam kita..hahaha..di menara gading kita sendiri yang perlu berusaha mengasah kebolehan diri, gilap sampai berkilau insyaallah.
bersunggug-sungguh kita dalam mentelaah ilmu, jangan putus asa sehingga tercapai apa yang diingini |
Tapi itu zaman menara gading, sekarang dah bergelar graduan..haha graduanlah sangat..membuak pulak rasa rindu nak sambung blajar lagi sebab seronok. 2 bulan duduk diam dalam rumah..mr. mama haha..boring pulak, badan pun semakin ramping. HUUU tak boleh jadi macam gini, kena cari kerja sementara pun bolehlah tapi tak sempat cari pun sebab nak sambung belajar. Aku dah daftar untuk sambung pengajian aku, dalam bidang DAKWAH..tulis besar2 baru anmpak kan hehe..tapi sijil je, tak kisalah yang penting kita seimbangkan juga ilmu agama. itu yang penting sebenarnya..interview dah sudah, dah lulus pun cuma belum dipanggil lagi..doakan cepat ye kawan2..
apapun kita lakukan, dimanapun kedudukan kita, jangan lupa mencari redha Allah. tuntutlah ilmu selagi berkemampuan, kerana ilmu yang diamalkanlah teman kita selamanya. |
sampai sini saje dulu coretan ini ye..nanti ada cerita yang lebih menarik kita kongsikan bersama..apa perancangan korang semua lepas tamat pengajian? mesti nak balik rumah kan? HAHAHA
Ok! lepas aku tamat dalam bidang yang aku ceburi ini aku ingat nak KAHWIN..haha keje dulu kot.terima kasih pada sahabat-sahabat sekuliah yang banyak membantu dalam kita sama-sama mendapatkan segulung sijil diploma tu..
sama-sama kita renungkan.! |
TERIMA KASIH PADA SEMUA KERANA SUDI MEMBACA CORETAN INI..
coretan mengisi masa terluang..hehe taklah borink sangat.
No comments:
Post a Comment