Dalam posting ini saya akan kongsikan program Hari Raya Qurban yang berlangsung pada hari Jumaat 26 Oct 2012. Saya pasti, semua yang melibatkan diri dalam program ini (program korban masing-masinglah maksudnya) mesti berasa gembira dan merasa ini satu kejayaan besar dalam hati masing-masing kerana melaksanakan Syariat Allah.
Saya akan kongsikan pada pembaca apa yang kami lakukan pada hari tersebut. Dimana tahun ini keluarga kami telah mengambil dua (2) bahagian heheh besar tu. dari sumbangan pihak yang tertentu (tak perlu bagi tahu siapa sebab tak wajib kan hehe). Tapi sebelum itu, mari kita lihat dulu serba sedikit mengenai bulan Zulhijjah ini, orang-orang melayu kata "tak kenal maka tak cinta" kan?. Dah tu, marilah kita berkenalan dengan Zulhijjah.