Dalam posting ini saya akan kongsikan program Hari Raya Qurban yang berlangsung pada hari Jumaat 26 Oct 2012. Saya pasti, semua yang melibatkan diri dalam program ini (program korban masing-masinglah maksudnya) mesti berasa gembira dan merasa ini satu kejayaan besar dalam hati masing-masing kerana melaksanakan Syariat Allah.
Saya akan kongsikan pada pembaca apa yang kami lakukan pada hari tersebut. Dimana tahun ini keluarga kami telah mengambil dua (2) bahagian heheh besar tu. dari sumbangan pihak yang tertentu (tak perlu bagi tahu siapa sebab tak wajib kan hehe). Tapi sebelum itu, mari kita lihat dulu serba sedikit mengenai bulan Zulhijjah ini, orang-orang melayu kata "tak kenal maka tak cinta" kan?. Dah tu, marilah kita berkenalan dengan Zulhijjah.
Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
Bermaksud: "Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).
Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).
Perlu difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya.
Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya
وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)
Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).
Dapat saya simpulkan di sini, bulan Zulhijjah ini ialah antara bulan-bulan kebaikan, sebagai gambaran bulan baik itu ialah, umat-umat Islam dari setiap sudut dunia mengerjakan atau menunaikan Haji dan Umrah di Tanah Suci umat Islam, selain itu kita juga di syariatkan melakukan Qurban.
Sekarang ini bagaimana, adakah anda/pembaca sudah cinta pada Zulhijjah? Jawab sendiri dalam hati masing-masing, tak perlu bagi tahu orang lain aku cinta sama kau Zulhijjah, cinta ku 100 %, nanti ada yang kata tak betul. hahaha.
Seawal jam 8.00 pagi, kami (yang berkenaan) tiba di Surau (apa nama surau ni, lupa lah..hahaha. marah AJK surau trsbt. tak apa nanti update balik jika berkesempatan) WAHHHH! ada 7 ekor lembu Qurban di kawasan Surau tersebut. Setelah selesai Solat Hari Raya maka bermulalah penyembelihan lembu-lembu Qurban.
nak diceritakan semuanya panjang, biarlah gambar-bambar yang bercerita naaa!
nak tumbangkan lembu ni payah juga.. KERAS/KASAR.. |
orang lain tarik tali lembu |
menyediakan lembu untuk proses penyembelihan |
lembu setelah disembelih (gambar waktu sembelih tak perlu ditonton) |
menunggu lembu untuk mati sepenuhnya, lebih kurang dalam 5 minit. sangat cepat |
darah-darah yang mengalir keluar adalah darah kotor yang ada dalam badan lembu dipam keluar melalui salur urat yang putus |
jangan tengok kalau ada sakit jantung hehe |
proses menyiat kulit lembu |
selepas dibuang kulitnya |
lembu di asingkn pada 7 bahagian |
ada yang berebut kepala ini.. |
kaki, kepala dah hilang |
bukan untuk dijual..haha |
setelah selesai Qurban, petangnya pulak buat makan-makan, progamnya ni mula lepas Magrib
tengok dan lihatlah cewah ayat gambar makanan yang ada, sekadar untuk memberi tahu..
selepas sembelih, petangnya sebelum magrib buat kambing golek tapi makan lepas magrib lah.. |
tanda bagus ke sedap..? |
cubaannnnnnnnnn |
kambing kurang kolestrol berbanding dengan binatang-binatang al-anam yang lain |
ini daging kukus (pangang) |
ada rendang ayam, sambal belacan, sambal kicap. |
sup tomyam |
sup tulang, betul-betul tinggal tulang |
semoga anda/pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan/diceritakan dan mendapat manfaat. hanya gambar-gambar yang menceritakan suasana yang berlaku. Marilah kita sama-sama berdoa agar Qurban yang kita lakukan diterima Allah. terima kasih kepada yang sudi membaca coretan ini
No comments:
Post a Comment