Friday, 26 October 2012

10 ZULHIJJAH 1433 bersamaan 26 Oct 2012


Dalam posting ini saya akan kongsikan program Hari Raya Qurban yang berlangsung pada hari Jumaat 26 Oct 2012. Saya pasti, semua yang melibatkan diri dalam program ini (program korban masing-masinglah maksudnya) mesti berasa gembira dan merasa ini satu kejayaan besar dalam hati masing-masing kerana melaksanakan Syariat Allah.
Saya akan kongsikan pada pembaca apa yang kami lakukan pada hari tersebut. Dimana tahun ini keluarga kami telah mengambil dua (2) bahagian heheh besar tu. dari sumbangan pihak yang tertentu (tak perlu bagi tahu siapa sebab tak wajib kan hehe). Tapi sebelum itu, mari kita lihat dulu serba sedikit mengenai bulan Zulhijjah ini, orang-orang melayu kata "tak kenal maka tak cinta" kan?. Dah tu, marilah kita berkenalan dengan Zulhijjah.

FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH




      Kedua-dua ibadah ini (Qurban Dan Aqiqah) adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini.


Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?



Demikianlah antara persoalan yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

Saturday, 1 September 2012

Bila Nurani Berbisik

Assalamualaikum

     wah! agak lama dah tak berposting, adalah dalam 2bulan lebih. Bukan tak ada cerita nak dikongsi tapi ..dot dot (biarlah rahsia haha). Alhamdulillah masih ada kesempatan.. jangan biarkan masa yang terluang berlalu tanpa dimanfaatkan..hahah ayat gampak..

Belum lambat lagi agaknya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN, bukan dari hujung kaki ke hujung rambut tapi dari hati ke hati sampai dari celah2 kukuh pun ye.. masih di bulan syawal.
selamat hari raya maaf zahir & bantin diucapkan


Dulu kalau berpuasa dengan kawan2 sekuliah, sekelas, sebilik dan "SE" yang seangkatan lah, sekarang baru habis belajr. Maksudnya disini ialah..hahaha.. aku berpuasa dengan keluarga tersayanglah tapi seronok juga ada orang jaga kita. anak mak ke anak bapak ni? pimai pimai tang tu juga jawapannya kan. Ok jangan pikir sangat.

Saturday, 21 July 2012

CERITA USTAZ BADLI SHAH

Seekor tikus telah terdengar khabar bahawa tuan dalam rumah yang didiaminya itu hendak memasang perangkap untuk menangkap tikus. Tikus kebingungan dan merasa gelisa, tikus berikhtiar untuk meminta pertolong dari jiran-jirannya yang terdekat. Jirannya ialah si lembu, kambing hitam dan ayam kampong. Ayam berkata kepada tikus, aku tak dapat bantu kau "it's not my problem". Kemudian tikus berjumpa dengan kambing dan lembu, mereka tidak juga mahu menolong.

Sunday, 10 June 2012

Hamzah Asadullah


Nama sebenarnya Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang paman Nabi dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Ia Ikut Hijrah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah menjulukinya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”.

Kisah Saidina Hamzah R.A Asadullah (Singa Allah) memeluk Islam bertitik tolak daripada derita.

Derita umat Islam amnya, dan Nabi Muhammad S.A.W. khasnya.
Suatu hari, sedang Hamzah baru tiba dari sesi perburuannya, seorang hamba perempuan mendekatinya,

"Wahai Hamzah, tahukah kamu apa yang telah Abu Jahal lakukan terhadap anak saudaramu Muhammad?"

"Apa yang telah berlaku?"
"Abu Jahal mencela dan menyakiti Muhammad. Sekarang ini. Di Baitullah."

Hamzah menjadi marah. Anak saudaranya disakiti. Dia terus mencari Abu Jahal.
Di tepi kaabah, Abu Jahal masih lagi mencela, mencaci dan menyakiti Rasulullah S.A.W. Sesampainya Hamzah di sana, dia terus menolak Abu Jahal jauh daripada Rasulullah S.A.W. Dengan busur panah di tangannya, dilibasnya kepala Abu Jahal. Luka. Membuak-buak darah keluar. Abu Jahal jatuh.

"Berani engkau menyakiti Muhammad? Sedangkan aku berada di atas agamanya??!!"
Hamzah belumpun Islam pada ketika itu!!

Selepas itu barulah Hamzah pergi menemui Nabi Muhammad S.A.W. dan mengucap asy-syahadatain.

Monday, 28 May 2012

Nabi Nuh as


Nabi Nuh a.s adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris.


Berlalulah beberapa tahun dari kematian Nabi Adam. Bunga-bunga berguguran di sekitar kuburannya dan pohon-pohon dan batu-batuan tampak tidak bergairah. Banyak hal berubah di muka bumi. Dan sesuai dengan hukum umum, terjadilah kealpaan terhadap wasiat Nabi Adam. Kesalahan yang dahulu kembali terulang. Kesalahan dalam bentuk kelupaan, meskipun kali ini terulang secara berbeza.


Sebelum lahirnya kaum Nabi Nuh, telah hidup lima orang saleh dari datuk-datuk kaum Nabi Nuh. Mereka hidup selama beberapa zaman kemudian mereka mati. Nama-nama mereka adalah Wadd, Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nasr. Setelah kematian mereka, orang-orang membuat patung-patung dari mereka, dalam rangka menghormati mereka dan sebagai peringatan terhadap mereka. Kemudian berlalulah waktu, lalu orang-orang yang memahat patung itu mati. Lalu datanglah anak-anak mereka, kemudian anak-anak itu mati, dan datanglah cucu- cucu mereka. Kemudian timbullah berbagai dongeng dan khurafat yang membelenggu akal manusia di mana disebutkan bahawa patung-patung itu memiliki kekuatan khusus.

Wednesday, 23 May 2012

Khalid al-Walid



"ORANG seperti dia, tidak dapat tanpa diketahui dibiarkan begitu saja. Dia harus disasarkan sebagai calon pemimpin Islam. Jika dia menggabungkan diri dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang-orang kafir, kita harus mengangkatnya ke dalam golongan pemimpin," demikian keterangan Nabi ketika berbicara tentang Khalid sebelum calon pahlawan ini masuk Islam.

Khalid dilahirkan kira-kira (1 Julai 592) iaitu 17 tahun sebelum masa pembangunan Islam. Dia anggota suku Banu Makhzum, suatu cabang dari suku Quraisy. Ayahnya bernama Walid dan ibunyaLababah. Khalid termasuk diantara keluarga Nabi yang sangat dekat. Maimunah, makcik kepada Khalid, adalah isteri Nabi. Dengan Umar sendiri pun Khalid ada hubungan keluarga, yakni saudara sepupunya. Suatu hari pada masa kanak-kanaknya kedua saudara sepupu ini main gusti. Khalid dapat mematahkan kaki Umar. Untunglah dengan melalui suatu perawatan kaki Umar dapat diluruskan kembali dengan baik.

Ayah Khalid yang bernama Walid, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di antara orang-orang Quraisy. Dia sangat kaya. Dia menghormati Ka'bah dengan perasaan yang sangat mendalam. Sekali dua tahun dialah yang menyediakan kain penutup Ka'bah. Pada masa ibadah Haji dia memberi makan dengan percuma bagi semua orang yang datang berkumpul di Mina.

Monday, 21 May 2012

SEJARAH RINGKAS BILAL IBNU RABAH


Bilal bin Rabah adalah seorang yang berasal dari Habasyah (sekarang disebut Ethiopia). Bilal dilahirkan di daerah Sarah kira-kira 34 tahun sebelum hijrah dari seorang ayah yang dikenal dengan panggilan Rabah. Sedangkan ibunya dikenal dengan Hamamah. Hamamah ini adalah seorang budak wanita yang berkulit hitam yang tinggal di Mekah. Oleh karenanya, sebagian orang memanggilnya dengan nama Ibnu Sauda (Anaknya budak hitam).
Masa kecil Bilal dihabisakan di Mekah, sebagai putra dari seorang budak, Bilal melewatkan masa kecilnya dengan bekerja keras dan menjadi budak. Sosok Bilal digambarkan sebagai seorang yang berperawakan khas Afrika yakni tinggi, besar dan hitam. Dia menjadi budak dari keluarga bani Abduddar. Kemudian saat ayah mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang yang menjadi tokoh penting kaum kafir.

Wednesday, 16 May 2012

Menangisi Kehilangan ISLAM di SEPANYOL

Apabila kita menyebut Sepanyol, ramai orang ataupun peminat bola akan teringatkan kelab-kelab bola sepak yang hebat dari negara tersebut. Namun, bagi yang menyedari tentang kegemilangan sejarah lampau, mereka juga tidak akan lupa tentang sejarah kewujudan kerajaan umat Islam selama lebih 700 tahun di sana. Tamadun Islam di Andalusia, satu tempoh yang panjang. Tapi, telah gugur segala kegemilangan.
ISTANA Alhambra berdiri kokoh di bukit La Sabica, Granada, Spanyol. Ia menjadi saksi bisu sekaligus bukti sejarah kejayaan Islam di Spanyol (dulu Andalusia

Tuesday, 15 May 2012

IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. 

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”


Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab di فاتبعوني

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=235473999863207&set=a.155850414492233.38608.155318777878730&type=1&ref=nf

Monday, 16 April 2012

KISAH NABI KHIDIR


Kisah Perjalanan Ladunni Nabi Musa AS bersama muridnya serta Nabi Khidir AS merupakan kisah yang telah lama kita kenal dan sebut-sebutkan untuk menjadi contoh tauladan kepada manusia yang berilmu. Kisah ini mengandungi pengertian yang sangat dalam dalam ertikata mengenal Sang Pencipta yang Maha Besar. Di mana tempat ‘jumpanya’ ilmu itu? Itulah dia di tempat pertemuan antara dua laut. Di situlah bermulanya Ladunni yang di sebut-sebut para Ahli Sufi. Kisah perjalanan Ladunni Nabi Musa AS dan Nabi Khidir AS dinukilkan di dalam terjemahan Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Kahfi (ayat 60 hingga 82). semoga mendapat manfaat bersama.

Monday, 19 March 2012

Rehlah Bersama Destiny

Assalamualaikum pembaca-pembaca.. :)
peserta bersama penganjur program


Agak lama tak berposting di blog ni kan, sebelum ini memang busy dengan final exam selama lebih kurang sebulan jugalah kot, banyak yang nak di kongsikan dengan pembaca dan sahabat-sahabat seperjuangan tapi apakan daya masa tidak memberi ruang pada kita, yang utama kita dahulukan dulu dan yang kemudian kita kemudiankan, maklumlah last sem final exam "orang kata masa inilah kita nak pulon sehabis mungkin! hahaha". bila dah selesai exam, kami pun nak juga lapangkan emosi, dada dan fikiran, di kesempatan yang ada kami joint lah program ini.

Panjang mukadimah ini, kita masuk ke tajuk utama posting. Pada 17-18/03/12 (sabtu & ahad) lalu, saya "GROUP READ-ONE" telah menyertai program baik punya Rehlah Bersama Destiny di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort (Activities). 

PERJALANAN SEPERTI KEMBARA
Nak dimulakan cerita, perjalanan kami ke destinasi utama amat panjang ceritanya " tak apa kita pendekkan sikit". Saya dan Faris keluar dari hostel pada pukul 9am untuk menunggu bas KUIS ke KTM Bangi, sampai kat stesen KTM Bangi beli tiket ke KL Sentral pulak, dalam perjalanan ke KL Sentral terpikir nak berhenti di BTS (stesen pertukaran KTM-RapidKL dan lain2 Bandar Tasik Selatan) untuk menaiki RapidKL ke Stesen Maluri atau Cheras, sampai di BTS kami tersangkut untuk kali pertama lebih kurang 1/2 jam sebab tak dapat hubungi kawan kami seorang, Zuhair(dari rumahnya, Gombak). Masalahnya, kami tak dapat nak pastikan nak jumpa Zuhair kat stesen mana, kat Maluri atau Cheras. Tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul, call, sms, mms, vid.call paun tak berjawab, dalam 1/2 jam menunggu jawapan tu barulah dapat jawapan ke Maluri "perut tengah lapar ni belum sarapan". Ok beli tiket ke Maluri, dalam 5minit LRT (RapidKL) tiba dan meneruskan perjalan ke Maluri (sebelum tu adalah pertukaran train sebelum sampai Maluri). Turun saja dari stesen Maluri singgah di 7 Eleven untuk beli nasi lemak :( lapar HAHA!.. jam pun dah menunjukkan pukul 11.30am.  Sementara menunggu Zuhair tiba di tempat yang dijanjikan, sempatlah juga saya dan Faris berbual-bua selama 1jam stengah sebelum Zuhair sampai. "tadi berdua, sekarang bertiga" jadi kuat sikit.

Wednesday, 15 February 2012

KONTI RADIO

Studio Radio Alpha.fm (Read-One)

Assalamualaikum....tak jawab dosa.. ;))

Posting kali ini ceritanya ringkas sahaja.
Al kisahnya begini.. Pada jam 4.40pm 13/2/12. berdering + vibrate (lagu muhasabah cinta) telefon nokia C1 Farith menandakan panggilan masuk.. ;)) "skemanya ayat.." kami terima panggilan dari seorang kawan bernama Mohd Aqib untuk datang ke konti Fakulti Komunikasi Media pada malam hari yang sama untuk sesi rakaman bagi menyiapkan projek semester group beliau... kami di jemput dengan hormatnya oleh bro Aqib untuk ke konti (rase dah macam anak raja sulawesi pun ade ^_^)..semasa di dalam konti..Dengan bangganya "tak payah nak bangga sangatla kan" kerana pada sesi rakaman malam itu kami telah menyanyikan sebuah lagu baru yang masih belum siap sepenuhnya "untungla boleh nyanyi lagu baru".. Alhamdulillah dengan izinNya jua.. sesi rakaman kami pada malam itu berjalan dengan lancar dan jayanya setelah hampir 2jam beku kesejukkan berada didalam konti (orang lain steady je tengok)... ^_^

Thursday, 9 February 2012

Nasyid di UNiSEL Bestari Jaya

poster pencarian bakat baru juru hebah nasyid.fm
Assalamualaikum....

pada 9/feb/12 adalah hari yang buat kami kumpulan nasyid Read One cemas dan kemas" mesti tak faham kn?".hehe tapi bukan semualah, saya dan farith je, zuhair dan zainul steady je... yang buat mengigilnya sebab pada pagi ini saya dan farith ada test subjek investment, hahah kecut perut dibutanya, mana taknya study pn last2 minute, sudalah subjek ni betul2 killer..peduli apa kan, langar jee..hehe biasalah zamankan dah berubah..

Wednesday, 1 February 2012

Cerita Dari Kampung

Assalamualaikum wrt..

ewah panjangnya bagi salam.. tapi tak apa sebab itulah ucapan dari Syurga..
segalanya bermula di sini.. macam tv al-Hijrah pulak..

sebenarnya gambar ini tak ada kene-mengena dengan cerita ini, saje letak untuk muka depan.. :)
Pada 18/8/1990, lahir insan yang diberi nama Darman Shahruddin"macam nama jawa kn?" kawan-kawan nasyid kenal Aeman Alwi"Apa Aeman? nanti kita update pada posting yang akan datang.."

Semasa kecil dalam 7-10 tahun, saya ini sangatlah manja dengan BAPAnya..hehe biasalah tu budak kecik kn. Kemana saje BABAnya itu pergi mesti nak ikut tak kiralah nak ke tandas ke, ke mana saje memang tak boleh lekang sekejap, adalah ceritanya waktu umur 3tahun terkencing dekat muka Ayah..cerita lama k, tak tahu apa-apa lagi yuuuuu..tetiba patah balik umur 3 tahun hehhe..

Kem Bina Insan(Bersama E~wanis)


Program ini telah di anjurkan oleh (E-wanis), bersama itu Read-One dan Sahabat-sahabat telah dijemput untuk menjayakan program ini (maksud saya sebagai fasillitator lah) yang diketuai oleh pengarah program Ustazah Mumtazah Othman, sedapkan nama dia? hehe. Program ini berlangsung di  EL-ZZHAR CAMP, Pantai Morib,  namanya pn rata-rata orang di selangor kenal tempat ni. Bertarikh 13-15 Dec 2011 lepas.

Program ini dijalankan untuk mengisi masa lapang (kalau sekolah menengah murid ke pelajar ke adik2x?) di musim cuti sekolah dalam lingkungan 80 orang yang berumur 14-16 tahun, lelaki & perempuan islam. Yang menariknya ada juga yang berumur 12 tahun, cute sangat budaknya (nanti kita tgk jap jagi k..^_^).

Posting ini taklah panjang sangat, cuma gambar-gambar yang akan menceritakan apa yang berlaku sepanjang program ni. Tengok lah sampai lebam ye..

sebelum tengok lebih janjut, berkenalan dulu dengan pengarah program
inilah Ustazah Mumtazah Othman